Langkau ke kandungan utama

SAHABAT

Panduan Turunkan Berat Badan dengan Intermittent Fasting



Panduan Turunkan Berat Badan dengan Intermittent Fasting

Panduan Turunkan Berat Badan dengan Intermittent Fasting untuk mereka yang baru bermula.

Bagaimana menggunakan kaedah Intermittent Fasting untuk turunkan berat badan / Berpuasa untuk turun berat badan

Menggunakan kaedah Interminttent Fasting atau Puasa berkala untuk menurunkan  berat badan adalah satu kaedah yang berkesan dan sangat efektif. Dalam artikel ini anda akan belajar bagaimana ianya bertindak dan mengapa ianya sangat berkesan.

Ini apa yang akan saya terangkan:

Apa itu Interminttent Fasting atau Puasa Berkala
5 Sebab mengapa Intermittent Fasting amat bekesan untuk turunkan berat badan
Cara mudah untuk anda amalkan



Apa itu Interminttent Fasting / Puasa Berkala?

Intermittent Fasting/Puasa Berkala adalah jadual ringkas bagi menentukan masa bagi sistem penghadaman anda rehat dari berkerja.

Interminttent fasting ada pelbagai kaedah dan antaranya adalah 2 yang paling Popular.

Method 16/8 - Leangains Protocol daripada Martin Berkhan
Ini adalah Method yang paling popular.

Ianya dimana anda berpuasa selama 16 jam dan hanya makan dalam jangka masa 8 jam sahaja.

Cara ini paling popular, saya dan ramai antara kita di Malaysia mengamalkan puasa jenis ini.

Anda berhak untuk tentukan masa sendiri asalkan 16jam anda tidak makan dan anda menikmati makanan hanya selama 8 jam. Sebagai contoh apa yang saya buat, pada pukul 6 petang saya akan menikmati makanan terakhir saya pada hari itu, dalam jangka masa puasa itu, saya hanya boleh nikmati minum air sejuk, kopi dan teh kosong tanpa gula. Dan saya hanya akan berbuka puasa dengan makan pada pukul 10 pagi keesokannya.

Method 24 jam - OMAD (One Meal A Day) daripada Brad Pilon
Ini cara kedua paling popular, caranya anda berpuasa selama 24jam.

Saya juga pernah buat cara ini, biasanya pukul 5 petang last menikmati makanan dan 5 petang keesokannya saya berbuka dengan satu hidangan berkhasiat dan dengan portion yang banyak. Antara masa 24 jam itu saya masih mampu bertahan kerana boleh minum air kosong atau kopi dan teh tanpa gula.

Perlu diingatkan bahawa Intermittent Fasting yang disyorkan ini adalah merupakan penemuan dari kajian dan pembuktian melalui sains. Ianya disokong oleh pakar pakar pemakanan dan kajian makmal.


5 Sebab untuk mengamalkan Interminttent Fasting bagi menurunkan Berat Badan.

Meningkatkan kadar Metabolisma dan Kadar Pembakaran Lemak dalam Badan
Kajian yang dilakukan melalui pengamalan Intermittent fasting telah menggalakan kadar metabolisma meningkat sekitar 4-13% semasa berpuasa. Kebaikan ini diikuti oleh penurunan yang ketara di bahagian pinggang, pinggul dan perut.

Mengurangkan pengambilan Kalori kerana waktu makan yang singkat.
Apabila kita makan dalam masa tertentu iaitu dalam jangkamasa 8 jam secara automatik pengambilan kalori kita akan berkurangan jika dibandingkan kita makan selama 16jam. Perut akan berasa kenyang lebih lama dan mudah penuh. Cuba ingat waktu kita berpuasa di bulan ramadhan, tidakah masa berbuka kita akan rasa cepat penuh. Kajian juga menunjukan bahawa mereka yang mengamalkan Intermittent fasting hilang 3-8% lebih lemak berbanding mereka yang berdiet cara konvensional.

Intermittent Fasting Memberi Kesan Positif kepada Hormon Penting Yang Mengawal Berat Badan.
a) Meransang sensitiviti Insulin Badan.
Insulin adalah hormon yang terhasil apabila kita makan. Dalam keadaan berpuasa kadar kepekaan insulin meningkat dan secara automatik menggurangkan penghasilan insulin secara semulajadi. Dengan penghasilan insulin yang rendah akan memudahkan proses pembakaran lemak dalam tubuh.
b) Meningkatkan Human Growth Hormone (HGH)
Kajian telah membuktikan bahawa Berpuasa mampu meningkatkan HGH kepada 2000% dimana mampu membantu dalam pembakaran lemak dan juga meningkatkan kadar pertumbuhan otot.

Membantu Menggekalkan Otot dalam Badan.
a. Berpuasa tidak akan menggurangkan tisu otot anda. Malah  akan menggekalkan otot badan. Otot badan yang kekal dan tidak berkurang melalui proses puasa akan mengakibatkan semakin banyak kalori dapat dibakar dalam keadaan tubuh berehat.

Lebih Mudah dan Menyenangkan hidup Malah Meningkatkan Kehebatan Anda
a. Bayangkan anda hanya perlu menyediakan makanan hanya untuk waktu yang singkat sahaja, ini sudah memudahkan, malah menjimatkan perbelanjaan. Hari biasa tanpa puasa memerlukan anda makan 3 hidangan besar dan beberapa kali snek. Dengan berpuasa selama 16 jam anda akan menjimatkan banyak duit untuk snek dan makanan tambahan yang kadang kadang tidak diperlukan pun oleh anda.
b.  Mendisiplinkan! Ya, ia akan memberi anda kehebatan diri apabila anda mampu untuk berdisiplin melawan nafsu yang selama ini mengheret anda ke keadaan anda hari ini yang mungkin obesiti, berpenyakit dan tak sihat. Dengan berpuasa kita mampu mengatur kembali berat badan, kesihatan malah diri sendiri supaya lebih hebat dan berkeyakinan.



Bagaimana Nak Bermula.

Buatlah keputusan untuk mencuba Interminttent Fasting hari ini. Jika anda membaca artikel ini dan rasa mahu mencuba kebaikannya dan ingin kurangkan berat badan saya bagi contoh dan tip mudah untuk anda amalkan pada hari pertama.

Mulakan waktu berpuasa pada waktu malam. Sebagai contoh anda bersahur atau makan last pada pukul 530ptg. Pukul 6 anda start berpuasa. Dalam keadaan puasa berkala ni anda boleh minum air kosong sebanyak mana pun, malah anda boleh minum teh hijau atau kopi kosong. Jika anda tak biasa dengan air kopi atau teh yang tidak bergula boleh bubuh stevia atau gula gantian yang tidak berkalori.

Jika malam itu lapar cuba dulu segelas air.  Sebenarnya kita tidak lapar pun, kalau rasa lapar cuba ambil segelas air sejuk. Ini kerana efek dahaga kadang kadang seperti efek lapar, tubuh hanya perlukan air tapi kita terus makan sebab salah faham dengan efek tubuh.
Tidur awal juga tips yang bagus, bukan saja untuk menggelakkan kita daripada makan, malah tidur yang cukup adalah kunci utama kepada penurunan berat badan.
Bangun dan sibukkan diri, Biasanya kita memang akan sibuk dipagi hari. Nak uruskan anak, rumah dan ke tempat kerja kekadang boleh membuat kita leka dengan perasaan lapar. Malah ada yang antara kita memang bersarapan pukul 10 pagi pun akibat tak sempat bila mengurus hal rumahtangga dan kerja.

Berbuka puasa dengan menikmati makanan kegemaran anda pada hari pertama akan menambah nikmat berpuasa. Tapi ingat, jumlah kalori haruslah dijaga juga, walaupun tak salah untuk anda ambil lebih sedikit kerana tubuh telah pun membakar lemak sedia ada semalam. Tapi berjaga jagalah, walaupun anda berpuasa jangan salah anggap, pengambilan kalori yang masuk dan yang dibakar adalah sifir utama penurunan berat badan.

Alhamdulillah perkongsian saya selama ni kepada beberapa rakan dan orang luar yang mengamalkan IF ni memberi impak positif pada diri mereka, mereka hilang 4 - 10kg dalam masa 1 bulan. Jika anda ingin bermula dan ingin maklumat lanjut mohon join group Intermittent Fasting Malaysia yang ada 137000 ahli - https://www.facebook.com/groups/244320812681979

Mohamad Faizal Bin Saedon



Ulasan

Masterclass Percuma

Masterclass Percuma
4 Prinsip Keluar Obesiti

Circle Misi Ubah

Circle Misi Ubah
Jom Buat Sama Sama

teruskan membaca

4 Nikmat Hubungan Intim selepas Kurus

4 KELAINAN HEBAT HUBUNGAN INTIM SELEPAS BERJAYA TURUNKAN BERAT BADAN  1. Anda akan lebih rasa berkeyakinan.  Kalau selama ni rasa ragu, rasa segan, ianya boleh diatasi dengan memiliki badan yang menarik.  Bukanlah menilai selama ini kita kurang yakin, tapi bezanya ketara semasa gemuk dan semasa BMI normal.  2. Masa bersama lebih berkualiti.  tak ramai individu yang telah berjaya turunkan berat badan kongsikan ialah perbezaan melakukan hubungan kelamin semasa obesiti dan setelah berjaya dapat berat badan normal.  Ianya boleh dikatakan terlalu banyak perubahan. Dari segi stamina, Yang mana ia adalah satu yang paling penting dalam hubungan suami isteri.  Bila kita berjaya dapat berat badan ideal dari tubuh asal yang gemuk, semestinya bukan sahaja fizikal yang berubah.  Lemak yang berbonjol makin tiada, terserlah otot yang selama ini ditenggelami lemak.  Tapi stamina juga akan makin bertambah. Kalau dulu nak beraksi secara terus seminit pun menggah, sekarang tak ada isu mengah lagi.  3. Pe

10 AMALAN HARIAN UNTUK TURUNKAN BERAT BADAN.

10 AMALAN HARIAN UNTUK TURUNKAN BERAT BADAN. Setiap hari apa yang kita lakukan akan menentukan siapa kita pada hari esok. Jadi sebenarnya apa yang kita lakukan sekarang penting untuk hasil esok. Jadi sebagai orang yang pernah lalui hari hari yang menyebabkan saya hilang 65kg, saya nak berkongsi bagaimana caranya saya lalui seharian. Saya kongsikan pengalaman saya, cara setiap orang yang berjaya turunkan berat badan mungkin berbeza tapi sebagai bekas penghidap obesiti selama hampir 30 tahun saya rasa layak utk saya beri sedikit pandangan dan panduan dalam hal ini. Ini adalah rutin seharian saya bila saya nekad utk kembali sihat dan turun berat badan. 1. Bangun Awal Pagi (5.30pg) - Saya tak nak bincang tentang falsafah tapi keupayaan bangun pagi adalah disebabkan keputusan yang kita laksanakan pada malam sebelumnya. Untuk bangun seawal 5.30pg kalian perlu tidur awal. - Manfaat tidur awal adalah anda akan mencukupkan tempoh tidur dimana mampu menghasilkan dan mengurangkan hormon penting b

10 Tips Atasi Lapar

  10  TIPS ATASI LAPAR BERDASARKAN PENGALAMAN SAYA TURUN 65KG.  Tips Kawal Lapar Inilah cabaran utama bagi mereka yang ingin berdiet. Menukar cara makan mereka dengan nengawal selera makan yang selama ini makan dengan ikut suka. Rasa lapar ini disebabkan kita melawan kebiasaan makan banyak dan makan setiap masa. Malah dalam group Misi Ubah 300 orang yang saya dah bimbing, isu ni adalah masalah paling utama. Hampir setiap hari ada runggutan nak jaga makan memang masalah, malah ramai mengakui, lebih senang bersenam dari nak kawal nafsu makan. Ya saya Sedia maklum inilah cabaran utama bagi mereka yang obesiti dalam usaha nak turunkan berat badan. Saya juga seperti kalian, nafsu makan memang membuak buak! Mana tidaknya, dulu makan wajib bertambah. Malah makan tak kira masa pun. Sebab tu saya gemuk sehingga berat mencecah 135kg. Saya masa gemuk pada pagi raya. Tapi alhamdulillah saya mampu atasi masalah makan saya dan mengatasi masalah kegemukan saya. Dari 135kg saya dapat turun sehingga 7