ORANG GEMUK SEBENARNYA TAMAK. DAN ORANG TAMAK SELALU RUGI. Dan disebabkan sifat tamaklah mereka semakin besar walaupun asyik berazam nak turunkan berat badan. Ini realiti! Tamak yang saya maksudkan disini bukanlah tamak nafsu makan banyak, tapi tamak nafsu keinginan. Berbaki beberapa hari lagi Januari 2024 akan tiba. Maksudnya dah hampir 12 bulan kita lalu 2023. Tapi apa yang berlaku pada azam tersebut hari ni? Saya percaya ramai yang azamnya hanya jadi sampah seperti azam azam tahun tahun sudah. Kenapa sebenarnya saya kata kalian yang gagal dengan azam nak kurus ni tamak? Jawapannya saya nak kalian faham angka dibawah dulu. A) 1 X 12 = 12 B) 2 X 12 = 24 C) 3 X 12 = 36 D) 4 X 12 = 48 E) 5 X 12 = 60 Angka diatas ialah jumlah kg yang kalian boleh turunkan jika kalian berusaha sepanjang tahun 2023. Sekarang, dalam fikiran kalian angka mana yang dominasi? Kalau kalian tengah berangan hanga 48 atau 60, itu bukti kalian tamak!!! Kenapa tiada yan...
4 KESILAPAN SIMPLE DILAKUKAN TANPA SEDAR OLEH MEREKA YANG NAK TURUNKAN BERAT BADAN. 1. Timbang setiap hari 2. Sangka bersenam yang turunkan berat badan 3. Perlu ada kelengkapan yang cukup. Kena ada roti wholemeal, beras perang, garam pink, stevia, lakanto, Treadmill, set gym, basikal dan macam macam lagi. 4. Sangka perubahan berlaku dengan cepat. TIMBANG SETIAP HARI. Kecuali kalian ada aim tertentu seperti nak masuk pertandingan atau menghadiri temuduga. Aktiviti menimbang berat setiap hari adalah perkara yang kurang baik, walaupun ianya tak lah salah. Penimbang kalian, itu hak kalian. Cuma aktiviti ini memberi tekanan extra kepada kalian. Ingat, berat kita terlampau fleksibel dan kenaikan berat badan bukanlah semata mata kenaikan lemak. Tips timbang berat badan disini - https://youtu.be/HlIRmKGR334 BERSENAM BUKANLAH CARA YANG BETUL UNTUK TURUNKAN BERAT BADAN. Ramai antara individu yang nak turunkan berat badan bila ditanya apakah yang dapat men...