Langkau ke kandungan utama

SAHABAT

Keyakinan Palsu

 Keinginan nak turunkan berat badan bagi mereka yang obesiti, over weight sentiasa ada. 



Hasrat nak mulakan jaga makan, nak aktifkan diri untuk jaga tubuh dari semakin besar sentiasa ada. 


Harapan nak lebih sihat, tak mengah mengah walaupun bercakap sentiasa bermain dalam minda. 


Ya, ini berlaku hampir setiap hari dalam minda kami. Saya selaku insan yang obes fikir setiap hari nak turunkan berat badan. Alasan, sebab atau big why dah kukuh. Tapi kenapa tak mulakan? Kenapa bertangguh sehinggakan berat yang dulu tak cecah pun 100kg akhirnya melebihi 130kg???


ESOK! ini jawapannya. Sentiasa beralasan nak mula esok. Hari ni tak nak lagi. Esok start. 


Yang akhirnya esok, bertukar minggu, minggu bertukar bulan dan bulan bertukar tahun. Tubuh makin besar, kesihatan makin terjejas dek kerana ESOK. NEKAD ESOK adalah alasan semata mata. Ia satu ayat yang menyedapkan hati dan memusnahkan impian. 


Kenapa kita masih gunakan ESOK sebagai alasan? Sedangkan kita tahu, lebih cepat kita bermula, lebih cepat kita berubah kepada kebaikan? 


Sebabnya kita TAKUT dengan perubahan dan kita sayang dengan tabiat buruk yang membesarkan kita. Itu hakikat. 

Masih nak makan apa yang kita nak, nak nikmati berapa banyak yang kita nak, dan tak nak susahkan diri dengan aktiviti yang rumit dan susah seperti berjalan atau berjogging.


Ubahlah mentaliti, susah dan payah meninggalkan tabiat buruk hanya akan mengakibatkan keburukan lebih cepat singgah dalam tubuh. Penyakit lebih cepat hadir, kehidupan berkeluarga akan berubah, suasana tak akan seperti biasa bila kita hanya mampu terlantar dan tak mampu buat apa apa.


Jangan biarkan hal itu berlaku. Bertindaklah sekarang. Tak perlu drastik, cukuplah dengan lakukannya hari ini walaupun dengan sedikit penambahbaikan kualiti kehidupan. 


Perlukan pemantauan dan group support selama minima 12 bulan? Klik sini

https://misiubah.com/view/s/misi-ubah-jommula



Ulasan

Masterclass Percuma

Masterclass Percuma
4 Prinsip Keluar Obesiti

Circle Misi Ubah

Circle Misi Ubah
Jom Buat Sama Sama

teruskan membaca

4 Nikmat Hubungan Intim selepas Kurus

4 KELAINAN HEBAT HUBUNGAN INTIM SELEPAS BERJAYA TURUNKAN BERAT BADAN  1. Anda akan lebih rasa berkeyakinan.  Kalau selama ni rasa ragu, rasa segan, ianya boleh diatasi dengan memiliki badan yang menarik.  Bukanlah menilai selama ini kita kurang yakin, tapi bezanya ketara semasa gemuk dan semasa BMI normal.  2. Masa bersama lebih berkualiti.  tak ramai individu yang telah berjaya turunkan berat badan kongsikan ialah perbezaan melakukan hubungan kelamin semasa obesiti dan setelah berjaya dapat berat badan normal.  Ianya boleh dikatakan terlalu banyak perubahan. Dari segi stamina, Yang mana ia adalah satu yang paling penting dalam hubungan suami isteri.  Bila kita berjaya dapat berat badan ideal dari tubuh asal yang gemuk, semestinya bukan sahaja fizikal yang berubah.  Lemak yang berbonjol makin tiada, terserlah otot yang selama ini ditenggelami lemak.  Tapi stamina juga akan makin bertambah. Kalau dulu nak beraksi secara terus seminit pun menggah, sekarang tak ada isu mengah lagi.  3. Pe

10 AMALAN HARIAN UNTUK TURUNKAN BERAT BADAN.

10 AMALAN HARIAN UNTUK TURUNKAN BERAT BADAN. Setiap hari apa yang kita lakukan akan menentukan siapa kita pada hari esok. Jadi sebenarnya apa yang kita lakukan sekarang penting untuk hasil esok. Jadi sebagai orang yang pernah lalui hari hari yang menyebabkan saya hilang 65kg, saya nak berkongsi bagaimana caranya saya lalui seharian. Saya kongsikan pengalaman saya, cara setiap orang yang berjaya turunkan berat badan mungkin berbeza tapi sebagai bekas penghidap obesiti selama hampir 30 tahun saya rasa layak utk saya beri sedikit pandangan dan panduan dalam hal ini. Ini adalah rutin seharian saya bila saya nekad utk kembali sihat dan turun berat badan. 1. Bangun Awal Pagi (5.30pg) - Saya tak nak bincang tentang falsafah tapi keupayaan bangun pagi adalah disebabkan keputusan yang kita laksanakan pada malam sebelumnya. Untuk bangun seawal 5.30pg kalian perlu tidur awal. - Manfaat tidur awal adalah anda akan mencukupkan tempoh tidur dimana mampu menghasilkan dan mengurangkan hormon penting b

10 Tips Atasi Lapar

  10  TIPS ATASI LAPAR BERDASARKAN PENGALAMAN SAYA TURUN 65KG.  Tips Kawal Lapar Inilah cabaran utama bagi mereka yang ingin berdiet. Menukar cara makan mereka dengan nengawal selera makan yang selama ini makan dengan ikut suka. Rasa lapar ini disebabkan kita melawan kebiasaan makan banyak dan makan setiap masa. Malah dalam group Misi Ubah 300 orang yang saya dah bimbing, isu ni adalah masalah paling utama. Hampir setiap hari ada runggutan nak jaga makan memang masalah, malah ramai mengakui, lebih senang bersenam dari nak kawal nafsu makan. Ya saya Sedia maklum inilah cabaran utama bagi mereka yang obesiti dalam usaha nak turunkan berat badan. Saya juga seperti kalian, nafsu makan memang membuak buak! Mana tidaknya, dulu makan wajib bertambah. Malah makan tak kira masa pun. Sebab tu saya gemuk sehingga berat mencecah 135kg. Saya masa gemuk pada pagi raya. Tapi alhamdulillah saya mampu atasi masalah makan saya dan mengatasi masalah kegemukan saya. Dari 135kg saya dapat turun sehingga 7