Langkau ke kandungan utama

SAHABAT

11 Halangan Minda Untuk Berjaya Kurus

 11 Halangan Minda Untuk Berjaya Kurus




1. Boleh kurus dalam masa singkat. Ini mitos terbesar. Ada yang percaya boleh kurus dalam masa seminggu dua. Malah ada yang lebih teruk dalam masa beberapa hari. 


2. Diet maksudnya tak makan. ini salah. Diet untuk turunkan berat badan bermaksud mengatur pemakanan supaya berpada dengan keperluan kita. Bukan kena berlapar dan menahan diri untuk makan. 


3. Minum ais batu kosong membuncitkan kerana mengeraskan lemak. Mitos tahap tinggi. Dengan eksperimen lemak makanan membeku sebab kena air sejuk maka ramai percaya. 


4. Sit up dapat mengecilkan perut. Squat dapat kecilkan peha. Ini salah faham. Aktiviti bersenam dibahagian tertentu tidak membakar lemak dibahagian tersebut. Ia hanya membina otot dibahagian tersebut. 


5. Nak kurus wajib lakukan senaman. Walaupun sebenarnya senaman banyak membantu mempercepatkan proses penurunan berat badan, tapi dengan menjaga pemakanan sahaja pun mampu mengurangkan berat badan kalian. Tapi nak bersenam adalah sesuatu yang digalakkan. 


6. Kena ada supplemen atau ubat untuk kurus. Mitos ni dibina oleh sistem yang kuat. Pengiklanan yang nampak mudah dan berkesan mempersonakan ramai orang. Kadang tu influencer dan artis pun main peranan dalam bab ni. Tak saya kata salah ambil supplemen, tapi ia bukan keperluan wajib untuk kurus dan sihat.


7. Tak boleh makan malam. Ramai juga percaya hal ini. Makan masa mana pun tidak mengapa jika pengambilan terkawal.


8. Makan lemak menyebabkan kegemukan. Fakta ni juga salah. Lemak daging, ayam yang sedap itu tidak menyebabkan kegemukan jika diambil dengan kadar yang betul dan tidak melampaui batas. 


9. Peluh adalah lemak yang terbakar. Silap, lemak bukanlah semuanya keluar sebagai peluh, ia berlaku melalui pernafasan kita semasa kita beraktiviti. Jadi duduk dalam bilik panas bukan membakar lemak yer. 


10. Senaman yang baik ialah senaman yang berat dan teruk. Ada yang faham, senaman berkualiti perlu meletihkan dan ketika buat kita perlu mengah. Senaman begitu ada masanya, cuma ukuran senaman yang baik bukanlah begitu. 


11. Nak diet kena tinggalkan nasi - ini tidak tepat, nasi boleh dimakan dengan kadar yang berpatutan. 


Jika kalian punya pemikiran dan kepercayaan begini, maka betulkanlah salah faham ni. Memiliki kefahaman, cara fikir dan mentaliti yang betul adalah langkah pertama kalian bakal berjaya dalam usaha untuk keluar dari masalah obesiti kalian. 

Jika kalian perlukan bimbingan dan cara bagaimana untuk setup mentaliti yang betul, saya sarankan kalian menyertai Misi Ubah. Satu method yang telah terbukti membantu saya dan ramai individu lain keluar dari masalah obesiti. 

Untuk maklumat lanjut kalian boleh ke - https://go.my/misiubah



Ulasan

Masterclass Percuma

Masterclass Percuma
4 Prinsip Keluar Obesiti

Circle Misi Ubah

Circle Misi Ubah
Jom Buat Sama Sama

teruskan membaca

4 Nikmat Hubungan Intim selepas Kurus

4 KELAINAN HEBAT HUBUNGAN INTIM SELEPAS BERJAYA TURUNKAN BERAT BADAN  1. Anda akan lebih rasa berkeyakinan.  Kalau selama ni rasa ragu, rasa segan, ianya boleh diatasi dengan memiliki badan yang menarik.  Bukanlah menilai selama ini kita kurang yakin, tapi bezanya ketara semasa gemuk dan semasa BMI normal.  2. Masa bersama lebih berkualiti.  tak ramai individu yang telah berjaya turunkan berat badan kongsikan ialah perbezaan melakukan hubungan kelamin semasa obesiti dan setelah berjaya dapat berat badan normal.  Ianya boleh dikatakan terlalu banyak perubahan. Dari segi stamina, Yang mana ia adalah satu yang paling penting dalam hubungan suami isteri.  Bila kita berjaya dapat berat badan ideal dari tubuh asal yang gemuk, semestinya bukan sahaja fizikal yang berubah.  Lemak yang berbonjol makin tiada, terserlah otot yang selama ini ditenggelami lemak.  Tapi stamina juga akan makin bertambah. Kalau dulu nak beraksi secara terus seminit pun menggah, sekarang tak ada isu mengah lagi.  3. Pe

10 AMALAN HARIAN UNTUK TURUNKAN BERAT BADAN.

10 AMALAN HARIAN UNTUK TURUNKAN BERAT BADAN. Setiap hari apa yang kita lakukan akan menentukan siapa kita pada hari esok. Jadi sebenarnya apa yang kita lakukan sekarang penting untuk hasil esok. Jadi sebagai orang yang pernah lalui hari hari yang menyebabkan saya hilang 65kg, saya nak berkongsi bagaimana caranya saya lalui seharian. Saya kongsikan pengalaman saya, cara setiap orang yang berjaya turunkan berat badan mungkin berbeza tapi sebagai bekas penghidap obesiti selama hampir 30 tahun saya rasa layak utk saya beri sedikit pandangan dan panduan dalam hal ini. Ini adalah rutin seharian saya bila saya nekad utk kembali sihat dan turun berat badan. 1. Bangun Awal Pagi (5.30pg) - Saya tak nak bincang tentang falsafah tapi keupayaan bangun pagi adalah disebabkan keputusan yang kita laksanakan pada malam sebelumnya. Untuk bangun seawal 5.30pg kalian perlu tidur awal. - Manfaat tidur awal adalah anda akan mencukupkan tempoh tidur dimana mampu menghasilkan dan mengurangkan hormon penting b

10 Tips Atasi Lapar

  10  TIPS ATASI LAPAR BERDASARKAN PENGALAMAN SAYA TURUN 65KG.  Tips Kawal Lapar Inilah cabaran utama bagi mereka yang ingin berdiet. Menukar cara makan mereka dengan nengawal selera makan yang selama ini makan dengan ikut suka. Rasa lapar ini disebabkan kita melawan kebiasaan makan banyak dan makan setiap masa. Malah dalam group Misi Ubah 300 orang yang saya dah bimbing, isu ni adalah masalah paling utama. Hampir setiap hari ada runggutan nak jaga makan memang masalah, malah ramai mengakui, lebih senang bersenam dari nak kawal nafsu makan. Ya saya Sedia maklum inilah cabaran utama bagi mereka yang obesiti dalam usaha nak turunkan berat badan. Saya juga seperti kalian, nafsu makan memang membuak buak! Mana tidaknya, dulu makan wajib bertambah. Malah makan tak kira masa pun. Sebab tu saya gemuk sehingga berat mencecah 135kg. Saya masa gemuk pada pagi raya. Tapi alhamdulillah saya mampu atasi masalah makan saya dan mengatasi masalah kegemukan saya. Dari 135kg saya dapat turun sehingga 7