Langkau ke kandungan utama

SAHABAT

Bagaimana Nak Atasi Cabaran Utama Usaha Untuk Kurus.

 Bagaimana Nak Atasi Cabaran Utama Usaha Untuk Kurus. 



Bagi ramai antara kita, usaha nak turunkan berat badan adalah paling mencabar. Buktinya dah berapa kali kita mencuba, tapi tetap gagal walaupun dah banyak cara, masa dan duit dihabiskan. Ya, kebenarannya ialah nak turunkan berat badan adalah sesuatu yang mencabar. 



Dalam penulisan hari ni saya nak imbau pengalaman saya berjaya turun 65kg setelah obes lebih 20 tahun,.bercerita bagaimana saya hadapi cabaran cabaran ini dan moga ia menjadi satu inspirasi buat kalian merealisasikan usaha nak kurus. 


Cabaran nombor 1 - Zon Selesa.


Cabaran yang ni sangat bahaya. Ramai antara yang obesiti tak sedar pun ini adalah cabaran. Kerana kita merasa selesa dengan keadaan hidup kita sekarang. 


Walaupun gemuk, kita tetap rasa kehidupan kita normal seperti orang lain. Baju seluar masih boleh beli, masih boleh berkerja dan berniaga, tak ubah seperti orang lain yang kurus. Jadi kita tak rasa perlu pun nak berusaha turunkan berat badan.


Solusi nombor 1 - Faham Realiti 


Bagaimana saya atasi masalah zon selesa adalah dengan kena satu hantukan yang kuat dari Allah SWT. 3 dari sahabat saya yang obesiti meninggal dunia dalam selang dua tahun yang sama. 2 ketika tidur kerana pecah pembuluh darah. Dan seorang kerana serangan jantung. 


Mereka sebaya dengan saya yang punya keluarga kecil dan muda. Anak anak masih belum bersekolah. Tamparan hebat ini menjadi asbab saya mula beringat yang saya sebenarnya bukanlah berada di zon yang selesa. Malah saya berisiko jadi seperti mereka.


Anda mungkin tak lalu pengalaman saya, tapi fakta tak pernah menipu. Malah fakta yang menakutkan ini dikeluarkan oleh mereka yang berautoriti. Mereka yang obesiti kebarangkalian terdedah dengan pelbagai penyakit berbahaya yang membawa kematian. Ini Realiti! 


Sesihat mana kalian rasa sekarang, kalau kalian obes, bila bila masa kalian berisiko kena serangan jantung atau strok. 


Cabaran nombor 2 - Mentaliti Yang Salah


Mentaliti yang salah nombor 1 - Nak Cepat 


Bila dah datang kesedaran kena berubah. Secara automatik kita akan cuba melakukan sesuatu. Dalam kepala saya kebiasaannya bila nak kurus saya kena bersenam. Sebab bila kita bersenam kita bakar lemak. So lemak yang banyak akan dikeluarkan semasa kita berpeluh dengan banyak. 


Sebab tu ramai obesiti akan mula beli kasut baru, alatan sukan seperti treadmill untuk kurus. 


Mentaliti yang salah nombor 2 - Nak Mudah


Apa natijah bila kita nak mudah? Kita mula percaya kepercayaan mengarut. Nak kurus kena beli ubat kurus. Kena beli supplemen yang mahal dan ada yang terjebak dengan program pelangsingan yang harga beribu. Ini kombinasi mentaliti yang salah no 1 dan 2. 


Solusi No 2 - Punya Mentaliti Yang Betul Untuk Turunkan Berat Badan


Ini ibu kepada kejayaan saya. Selama saya cuba dan gagal beratus atau beribu kali saya terapkan kesilapan cara fikir, nak cepat dan nak mudah. Yang akhirnya menggagalkan. 


Saya terapkan cara Fikir yang betul. Iaitu nak apa apa yang baik dalam kehidupan kena lakukan secara fitrah. Dan proses secara fitrah ni memerlukan masa dan ianya susah.


Terapkan dari hari pertama atau sekarang. Yang usaha nak keluar dari obesiti kalian ni adalah benda yang lama dan susah. Bersedia menerima cabaran ini akan menatijahkan tindakan yang lebih rasional dan insyaAllah akan membantu kalian dapat BMI normal. 


Saya ada siri penerangan lengkap berkenaan Mentaliti Turunkan Berat Badan Yang Betul. Malah saya bukan saja beri penerangan, tapi bimbing mereka yang nak usaha sama sama turunkan berat badan.


Bagi saya jika kalian nak belajar sesuatu untuk realisasikan impian nak kurus. Investlah mempelajari ilmu punya mentaliti yang betul ni. Jika kalian nak ikuti siri ini boleh klik di sini - https://misiubah.com/view/s/misi-ubah-jommula


Cabaran Nombor 3 - Fokus Yang Terganggu.


Kita manusia punya perbagai tanggungjawab yang perlu dilaksanakan. Sebagai induvidu yang gemuk, kita juga seorang ayah,ibu, peniaga, pekerja dan macam macam lagi. 


Fokus kita seharian bukan sahaja nak kurus. Kita nak kaya, kita nak bahagia. Jadi fokus kita terbahagi dengan banyak. Dan fokus kita akan tertumpu kepada apa yang kita rasa sangat penting ketika itu. Dan dalam banyak keadaan fokus untuk keluar dari obesiti adalah remeh. 


Solusi Nombor 3 - Sedar Diri


Kita memang mudah hilang fokus. Tapi bagaimana saya atasi masalah tersebut ialah saya memberi keutamaan kepada sesuatu yang tepat. Ini penyelesaian masalah fokus. 


Prioriti mana yang perlu kalian sedar paling utama.

Kaya dan bahagia atau kesihatan yang baik. Arguement ini tak perlu saya bahas. Sekilas kalian baca pun kalian tahu. 


Kaya dan bahagia hanya akan kalian nikmati jika kalian sihat! Jadi solusi masalah fokus ialah jangan lansung kalian aim nak kurus, tapi aim nak sihat.


Saya dedahkan dulu 3 masalah dan 3 solusi ni. Sebenarnya ada banyak lagi cabaran yang saya hadapi untuk berjaya hilang 65kg. InsyaAllah saya akan terangkan nanti atau kalian boleh dapatkan akses Kursus Mentaliti Turunkan Berat Badan di - Misi ubah 


Bagaimana Nak Atasi Cabaran Utama Usaha Untuk Kurus. 



Ulasan

Masterclass Percuma

Masterclass Percuma
4 Prinsip Keluar Obesiti

Circle Misi Ubah

Circle Misi Ubah
Jom Buat Sama Sama

teruskan membaca

4 Nikmat Hubungan Intim selepas Kurus

4 KELAINAN HEBAT HUBUNGAN INTIM SELEPAS BERJAYA TURUNKAN BERAT BADAN  1. Anda akan lebih rasa berkeyakinan.  Kalau selama ni rasa ragu, rasa segan, ianya boleh diatasi dengan memiliki badan yang menarik.  Bukanlah menilai selama ini kita kurang yakin, tapi bezanya ketara semasa gemuk dan semasa BMI normal.  2. Masa bersama lebih berkualiti.  tak ramai individu yang telah berjaya turunkan berat badan kongsikan ialah perbezaan melakukan hubungan kelamin semasa obesiti dan setelah berjaya dapat berat badan normal.  Ianya boleh dikatakan terlalu banyak perubahan. Dari segi stamina, Yang mana ia adalah satu yang paling penting dalam hubungan suami isteri.  Bila kita berjaya dapat berat badan ideal dari tubuh asal yang gemuk, semestinya bukan sahaja fizikal yang berubah.  Lemak yang berbonjol makin tiada, terserlah otot yang selama ini ditenggelami lemak.  Tapi stamina juga akan makin bertambah. Kalau dulu nak beraksi secara terus seminit pun menggah, sekarang tak ada isu mengah lagi.  3. Pe

10 AMALAN HARIAN UNTUK TURUNKAN BERAT BADAN.

10 AMALAN HARIAN UNTUK TURUNKAN BERAT BADAN. Setiap hari apa yang kita lakukan akan menentukan siapa kita pada hari esok. Jadi sebenarnya apa yang kita lakukan sekarang penting untuk hasil esok. Jadi sebagai orang yang pernah lalui hari hari yang menyebabkan saya hilang 65kg, saya nak berkongsi bagaimana caranya saya lalui seharian. Saya kongsikan pengalaman saya, cara setiap orang yang berjaya turunkan berat badan mungkin berbeza tapi sebagai bekas penghidap obesiti selama hampir 30 tahun saya rasa layak utk saya beri sedikit pandangan dan panduan dalam hal ini. Ini adalah rutin seharian saya bila saya nekad utk kembali sihat dan turun berat badan. 1. Bangun Awal Pagi (5.30pg) - Saya tak nak bincang tentang falsafah tapi keupayaan bangun pagi adalah disebabkan keputusan yang kita laksanakan pada malam sebelumnya. Untuk bangun seawal 5.30pg kalian perlu tidur awal. - Manfaat tidur awal adalah anda akan mencukupkan tempoh tidur dimana mampu menghasilkan dan mengurangkan hormon penting b

10 Tips Atasi Lapar

  10  TIPS ATASI LAPAR BERDASARKAN PENGALAMAN SAYA TURUN 65KG.  Tips Kawal Lapar Inilah cabaran utama bagi mereka yang ingin berdiet. Menukar cara makan mereka dengan nengawal selera makan yang selama ini makan dengan ikut suka. Rasa lapar ini disebabkan kita melawan kebiasaan makan banyak dan makan setiap masa. Malah dalam group Misi Ubah 300 orang yang saya dah bimbing, isu ni adalah masalah paling utama. Hampir setiap hari ada runggutan nak jaga makan memang masalah, malah ramai mengakui, lebih senang bersenam dari nak kawal nafsu makan. Ya saya Sedia maklum inilah cabaran utama bagi mereka yang obesiti dalam usaha nak turunkan berat badan. Saya juga seperti kalian, nafsu makan memang membuak buak! Mana tidaknya, dulu makan wajib bertambah. Malah makan tak kira masa pun. Sebab tu saya gemuk sehingga berat mencecah 135kg. Saya masa gemuk pada pagi raya. Tapi alhamdulillah saya mampu atasi masalah makan saya dan mengatasi masalah kegemukan saya. Dari 135kg saya dapat turun sehingga 7