Langkau ke kandungan utama

SAHABAT

6 Prinsip Asas Turunkan Berat Badan

 Proses nak turunkan berat badan adalah satu proses yang sangat mencabar. Saya yakin kalian pun setuju dengan kenyataan ini. 

Bukan sekali dua kita mencuba, malah ada yang beratus kali niat nak kurus tapi tak  pernah jadi kenyataan. Malah ada yang berhabis duit banyak untuk kelengkapan dan persediaan seperti beli alatan senaman dan ubat kurus.

Ya, ia tak semudah nak, buat dan dapat. Tapi dalam kita rasa susah dah ramai induvidu yang berjaya dalam usaha mereka keluar dari obesiti. Antaranya saya yang gemuk sedari tadika dan berjaya turunkan berat badan hanya semasa umur 36 tahun. 




6 Asas Prinsip Turunkan Berat Badan

9 Asas ini terbina dari pengalaman saya berjaya turun 65kg dan pengalaman saya bimbing beratus induvidu keluar dari masalah obesiti. 

1. Kenapa Nak Berubah Sangat Penting. 

Manusia hanya akan Bertindak, Jika Kesakitan Terlalu Besar - Hakikat kita, selagi obesiti itu dapat ditanggung oleh kita, kita akan rasa selesa walaupun sebenarnya kita dah rasa kekurangan kualiti kehidupan.

  • Naik tangga tingkat satu dah mengah
  • Berjalan jauh sikit dah sakit kaki
  • Sering sakit kepala 
  • Risiko penyakit kencing manis, darah tinggi, strok dan jantung
Tapi selagi kita rasa kita mampu menjalani kehidupan seperti biasa, kita susah nak bertindak. Sebab kita bina Zon Selesa dengan menyangka kita akan survive walaupun gemuk. Sebab itulah ramai yang gagal dalam usaha ini. Mereka gagal meyakinkan mental mereka bahawa usaha ini sangat penting untuk mereka.

Jadi binalah Matlamat yang Penting. Bagi kata dua kepada diri kalian.
Sama ada hadapi kesukaran berubah atau menghadapi kesukaran kerana tidak berubah.

2. Jadi Rasional

Ramai bila nak turunkan berat badan ramai yang nak kurus dalam masa 1 hari, seminggu dan sebulan. tak ramai nak lakukan usaha dalam tempoh yang lama. sebab tu ubat kurus laku keras. Janji boleh kurus dalam masa 10 hari tanpa jaga makan dan bersenam buat ramai tertipu dan bazirkan duit yang beratus untuk dapatkan produk kurus tu. Padahal ianya ternyata penipuan yang jelas.

Sasarkan penurunan 1-4kg sebulan. dalam 6 bulan kalian dah buang 6 - 24kg. Itu pun satu angka yang telah banyak buat perubahan dari segi penampilan dan kesihatan dalaman kalian. Realistiklah jangan berangan.


3. Ukur Kejayaan Dengan Perbagai Cara

Ramai terperangkap dalam gelung masalah ini. Bila bertindak dan dambakan hasil, Angka timbangan menjadi satu satunya kayu ukur kejayaan. Walhal ini cara yang merbahaya.

Berharap pada perubahan angka semata akan menambah stress dan mempercepatkan kalian hilang fokus. Kerana kalian akan rasa penatnya usaha nak turunkan berat badan.

Kalian harus ukur kejayaan dari sudut yang lebih luas seperti :-

  • Tubuh rasa lebih sihat
  • Berjalan makin jauh dan tak mudah letih
  • Dah tak semengah dulu bila naik tangga
  • Fikiran makin tenang
  • Bangun pagi dah kurang sakit tumit
Perubahan perubahan ini sebenarnya lebih bermakna dari angka kg. Kerana perubahan ini adalah tanda kalian makin sihat dan risiko penyakit berbahaya makin meninggalkan kalian.
Malah percayalah, jika kalian berusaha, perubahan diatas akan berlaku dalam bulan pertama lagi.


4. Aktifkan Diri Bukan Jadi Atlit

Ramai yang nak kurus salah faham bab ni. Saya yakin ramai yang buat. BIla terfikir nak turunkan berat badan, terus fikir wajib jogging, wajib pergi gym. Walhal ianya hanya optional.

Kalau tak bersenam pun boleh kurus. Ada kes peserta Misi Ubah yang saya bimbing merupakan induvidu yang punya masalah lutut kronik akibat kemalangan. Beliau tak mampu bersenam dan hanya mampu buat fisioterapi sahaja. Mampu keluar dari masalah berat badan.


Kesimpulannya, Kalian kena aktifkan diri. lawan kemalasan yang menternak lemak lemak kalian selama ini. Bagaimana aktifkan diri tu?

  • Banyakkan berjalan
  • Remote TV jangan suruh anak ambilkan
  • Banyakkan pergerakan harian seperti kemas rumah, sidai kain atau aktiviti ringkas lain.
Apapun saya tidak merumuskan bersenam itu tak baik. Ianya satu hal yang sangat bagus jika kalian nak buat, Malah mempercepatkan lagi proses penurunan berat badan. Cuma ianya tidaklah wajib.


5. Perubahan Bukan Hanya Pada Diet Atau Pemakanan

Ramai juga yang silap sedikit dalam hal ni. Walaupun pemakanan adalah penyumbang terbesar kepada penurunan berat badan, tapi ia tak cukup hanya disitu.

Jika kalian nak berjaya keluar dari masalah obesiti, Perubahan adalah kepada gaya hidup yang lebih besar. Pemakanan adalah salah satu yang penting. Perubahan sikap kepada persekitaran induvidu yang akan mencabar usaha kalian, Perubahan kepada penilaian usaha kalian, Penilaian kepada pilihan mana yang terbaik, Perubahan kepada tidur kalian, semua bersangkut paut.

Jadi Kata kunci disini ialah Penambahbaikan kualiti kehidupan secara overall perlu ditambah baik. Hari demi hari setiap masa. Baiki pilihan kalian.

Inilah punca kalian akan berjaya turunkan berat badan.

6. Konsisten

Konsisten adalah antara asas kejayaan. Saya tahu semua orang malah kalian pun yakin dan percaya dengan fakta ini.

Konsisten atau istiqamah adalah satu perbuatan yang akan mendatangkan hasil, samada baik atau buruk. Ya sama ada buruk atau baik.

Cuba ingat apakah perbuatan yang kalian lakukan setiap hari dan apakah impaknya pada kalian sekarang. Kalau kalian ada masalah Obesiti sekarang, apakah perbuatan yang kalian buat setiap hari dalam masa setahun lepas? Tentunya makan sepuas hati dan bertambah tambah kan?

Tiada sesuatu yang berlaku tanpa sebab. Mana mungkin kalian obes hari ni dengan secara tiba-tiba. Semalam 70kg, bangun pagi tadi terus jadi 135kg. Mustahil!

Kita hari ini adalah kerana apa yang kita buat secara konsisten sebelum ini. Nampak tak? Jelaskan? Jadi untuk mencapai matlamat untuk kurus, kalian perlu, malah wajib baiki perkara yang menyebabkan kalian obes dan lakukannya secara konsisten.

Tapi Konsisten untuk perkara kebaikan ni bukanlah semudah Konsisten dengan perkara yang membawa keburukan. Sebab jalan menuju perkara yang baik adalah melakukan sesuatu yang kita tidak suka. Siapa suka jaga makan, kalau boleh nak makan semua dan nak makan banyak.

Jadi paksalah diri kalian untuk konsisten demi diri kalian dan big why yang kalian bina. Demi anak anak dan keluarga tercinta.

RUMUSAN


Formula Asas ini adalah sesuatu yang kalian kena usahakan untuk terap dalam pemahaman kalian untuk realisasikan usaha kalian. Saya doakan usaha kalian berjaya.

Saya nak jemput kalian untuk menyertai Program Misi Ubah anjuran saya. Konsep Misi ini adalah kita buat sama sama secara konsisten dengan memiliki Mentaliti Turunkan Berat Badan yang betul. Detail Misi Ubah boleh klik di banner kat bawah






6 Prinsip Asas Turunkan Berat Badan





Ulasan

Masterclass Percuma

Masterclass Percuma
4 Prinsip Keluar Obesiti

Circle Misi Ubah

Circle Misi Ubah
Jom Buat Sama Sama

teruskan membaca

4 Nikmat Hubungan Intim selepas Kurus

4 KELAINAN HEBAT HUBUNGAN INTIM SELEPAS BERJAYA TURUNKAN BERAT BADAN  1. Anda akan lebih rasa berkeyakinan.  Kalau selama ni rasa ragu, rasa segan, ianya boleh diatasi dengan memiliki badan yang menarik.  Bukanlah menilai selama ini kita kurang yakin, tapi bezanya ketara semasa gemuk dan semasa BMI normal.  2. Masa bersama lebih berkualiti.  tak ramai individu yang telah berjaya turunkan berat badan kongsikan ialah perbezaan melakukan hubungan kelamin semasa obesiti dan setelah berjaya dapat berat badan normal.  Ianya boleh dikatakan terlalu banyak perubahan. Dari segi stamina, Yang mana ia adalah satu yang paling penting dalam hubungan suami isteri.  Bila kita berjaya dapat berat badan ideal dari tubuh asal yang gemuk, semestinya bukan sahaja fizikal yang berubah.  Lemak yang berbonjol makin tiada, terserlah otot yang selama ini ditenggelami lemak.  Tapi stamina juga akan makin bertambah. Kalau dulu nak beraksi secara terus seminit pun menggah, sekarang tak ada isu mengah lagi.  3. Pe

10 AMALAN HARIAN UNTUK TURUNKAN BERAT BADAN.

10 AMALAN HARIAN UNTUK TURUNKAN BERAT BADAN. Setiap hari apa yang kita lakukan akan menentukan siapa kita pada hari esok. Jadi sebenarnya apa yang kita lakukan sekarang penting untuk hasil esok. Jadi sebagai orang yang pernah lalui hari hari yang menyebabkan saya hilang 65kg, saya nak berkongsi bagaimana caranya saya lalui seharian. Saya kongsikan pengalaman saya, cara setiap orang yang berjaya turunkan berat badan mungkin berbeza tapi sebagai bekas penghidap obesiti selama hampir 30 tahun saya rasa layak utk saya beri sedikit pandangan dan panduan dalam hal ini. Ini adalah rutin seharian saya bila saya nekad utk kembali sihat dan turun berat badan. 1. Bangun Awal Pagi (5.30pg) - Saya tak nak bincang tentang falsafah tapi keupayaan bangun pagi adalah disebabkan keputusan yang kita laksanakan pada malam sebelumnya. Untuk bangun seawal 5.30pg kalian perlu tidur awal. - Manfaat tidur awal adalah anda akan mencukupkan tempoh tidur dimana mampu menghasilkan dan mengurangkan hormon penting b

10 Tips Atasi Lapar

  10  TIPS ATASI LAPAR BERDASARKAN PENGALAMAN SAYA TURUN 65KG.  Tips Kawal Lapar Inilah cabaran utama bagi mereka yang ingin berdiet. Menukar cara makan mereka dengan nengawal selera makan yang selama ini makan dengan ikut suka. Rasa lapar ini disebabkan kita melawan kebiasaan makan banyak dan makan setiap masa. Malah dalam group Misi Ubah 300 orang yang saya dah bimbing, isu ni adalah masalah paling utama. Hampir setiap hari ada runggutan nak jaga makan memang masalah, malah ramai mengakui, lebih senang bersenam dari nak kawal nafsu makan. Ya saya Sedia maklum inilah cabaran utama bagi mereka yang obesiti dalam usaha nak turunkan berat badan. Saya juga seperti kalian, nafsu makan memang membuak buak! Mana tidaknya, dulu makan wajib bertambah. Malah makan tak kira masa pun. Sebab tu saya gemuk sehingga berat mencecah 135kg. Saya masa gemuk pada pagi raya. Tapi alhamdulillah saya mampu atasi masalah makan saya dan mengatasi masalah kegemukan saya. Dari 135kg saya dapat turun sehingga 7