Langkau ke kandungan utama

SAHABAT

6 PERKARA REMEH TAPI MEMBANTU MENURUNKAN BERAT BADAN.

 6 PERKARA REMEH TAPI MEMBANTU MENURUNKAN BERAT BADAN.


Dalam perkongsian kali ini saya kongsikan 5 perkara yang nampak sangat remeh tapi memberi impak kepada penurunan berat badan, dan fakta ini disokong oleh kajian sains. Jangan terkejut walaupun dikatakan remeh, ramai antara kita tak mampu konsisten untuk mengamalkannya. 


Tapi ingin diingatkan, mengamal apa yang saya tulis ini sahaja bukanlah satu kemestian usaha menurunkan berat badan kalian akan tentu berhasil. Tapi 5 perkara ini boleh membantu proses penurunan berat badan. 



Untuk melakukan penurunan berat badan dengan cara betul adalah dengan menambah baik kualiti kehidupan kita sekarang. Contohnya mengawal nafsu pemakanan dan digabungkan dengan mengaktifkan diri kalian secara rutin setiap hari. 


Jom kita lihat apa 5 perkara yang remeh tapi memberi impak kepada usaha menurunkan berat badan.



1. Minum air Kosong 30 minit sebelum setiap kali makan.

- Minum segelas air kosong sebelum makan bukan saja memenuhkan kantung perut dan menjadikan kalian makan sedikit, tapi ia akan meningkatkan kadar metaboslima tubuh dari 24% sehingga 30% dalam jangka masa 1 jam hingga 1 jam setengah. Ini akan menyebabkan lebih banyak kalori boleh dibakar berbanding tidak meminum air kosong 30 minit sebelum makan.


2. Guna Pinggan yang Kecil.

- Kajian juga dibuat dalam hal ini walaupun tersangat nyata amalan ini bakal menjimatkan pengambilan kalori. Pinggan yang besar biasanya akan dipenuhi setiap inci dan ini akan menyebabkan seseorang makan dengan kalori yang lebih. Jadi mulai hari ini cari pinggan yang agak kecil ya.


3. Makan Makanan yang Pedas

- Menarik tentang makan makanan pedas adalah ia akan meningkatkan kadar metaboslisma badan yang bermaksud pembakaran kalori akan lebih banyak dan makan makan pedas juga akan mengurangkan kadar pengambilan makanan kerana pedas adalah tidak menyelesakan dan menyekat selera makan dengan banyak.

* Cuma kena beringat bagi mereka yang jenis makan pedas, mungkin tips ni tak sesuai sebab mungkin kalian boleh bertambah sebab makanan tu pedas. 



4. Kunyah dengan Perlahan Lahan.

- Ini satu nasihat yang baik, saya semasa berat badan 135kg mampu habiskan Double Quarter Pounder hanya dengan 4 kali gigitan dan tak sampai 2 minit boleh licin. Lepas habis ternyata tak puas dan perasaan nak makan membuak buak. Mulalah beratur balik beli double quarter pounder balik. 

- Kajian yang dilakukan bersetuju dengan apa yang saya alami, makan perlahan memberi signal kepada otak untuk merembeskan hormon hormon yang memberi signal kepuasan atau nikmat kepada otak. Makan banyak sebenarnya bukanlah masalah lapar atau kenyang, tapi puas atau tidak. Sebagai induvidu yang obes hampir sepanjang hidupnya saya amat setuju dengan kenyataan ini. 


5. Tidur dengan cukup dan berkualiti.

- Tidur selalu dipandah remeh dalam proses penurunan berat badan berbanding penjagaan makan dan melakukan aktiviti senaman. Tapi melalui kajian menyatakan seorang induvidu dewasa yang kurang tidur memiliki risiko 55% untuk obesiti. Jadi tidur yang cukup amat membantu untuk kalian yang ingin turunkan berat badan.



6. Berjalan 30-45 minit selepas makan. 

- walaupun ianya seolah berlawanan dengan tabiat kita yang lepas makan nak santai dan rehat. Tapi ada kajian dan kebaikannya amat banyak. Dan antaranya ialah ia menurunkan kadar gula dalam darah. 


Bila kita makan, sepatutnya kadar gula dalam darah meningkat. Tapi aktiviti berjalan akan mengawal paras gula yang mana bagus untuk mengelakkan tenaga berlebihan disimpan menjadi lemak. 


Kesemua tips diatas walaupun bukanlah faktor terbesar dalam proses penurunan berat badan, tapi jika diamalkan akan mengubah sedikit demi sedikit tabiat hidup kepada sesuatu yang lebih baik. 


Saya sarankan, jika kalian ingin bermula untuk menurunkan berat badan, amal dulu 6 tips diatas dengan konsisten dan secara perlahan lahan menambah baik kualiti penjagaan pemakanan dan melakukan aktiviti senaman. 


Jika kalian adalah insan yang struggle nak kurus walaupun dah berpuluh tahun ulang azam tahun baru tapi tak pernah turun lebih 10kg. Saya jemput kalian teruskan bacaan ringkas di -

 https://misiubah.com/view/s/misi-ubah-jommula



  

Ulasan

Masterclass Percuma

Masterclass Percuma
4 Prinsip Keluar Obesiti

Circle Misi Ubah

Circle Misi Ubah
Jom Buat Sama Sama

teruskan membaca

4 Nikmat Hubungan Intim selepas Kurus

4 KELAINAN HEBAT HUBUNGAN INTIM SELEPAS BERJAYA TURUNKAN BERAT BADAN  1. Anda akan lebih rasa berkeyakinan.  Kalau selama ni rasa ragu, rasa segan, ianya boleh diatasi dengan memiliki badan yang menarik.  Bukanlah menilai selama ini kita kurang yakin, tapi bezanya ketara semasa gemuk dan semasa BMI normal.  2. Masa bersama lebih berkualiti.  tak ramai individu yang telah berjaya turunkan berat badan kongsikan ialah perbezaan melakukan hubungan kelamin semasa obesiti dan setelah berjaya dapat berat badan normal.  Ianya boleh dikatakan terlalu banyak perubahan. Dari segi stamina, Yang mana ia adalah satu yang paling penting dalam hubungan suami isteri.  Bila kita berjaya dapat berat badan ideal dari tubuh asal yang gemuk, semestinya bukan sahaja fizikal yang berubah.  Lemak yang berbonjol makin tiada, terserlah otot yang selama ini ditenggelami lemak.  Tapi stamina juga akan makin bertambah. Kalau dulu nak beraksi secara terus seminit pun menggah, sekarang tak ada isu mengah lagi.  3. Pe

10 AMALAN HARIAN UNTUK TURUNKAN BERAT BADAN.

10 AMALAN HARIAN UNTUK TURUNKAN BERAT BADAN. Setiap hari apa yang kita lakukan akan menentukan siapa kita pada hari esok. Jadi sebenarnya apa yang kita lakukan sekarang penting untuk hasil esok. Jadi sebagai orang yang pernah lalui hari hari yang menyebabkan saya hilang 65kg, saya nak berkongsi bagaimana caranya saya lalui seharian. Saya kongsikan pengalaman saya, cara setiap orang yang berjaya turunkan berat badan mungkin berbeza tapi sebagai bekas penghidap obesiti selama hampir 30 tahun saya rasa layak utk saya beri sedikit pandangan dan panduan dalam hal ini. Ini adalah rutin seharian saya bila saya nekad utk kembali sihat dan turun berat badan. 1. Bangun Awal Pagi (5.30pg) - Saya tak nak bincang tentang falsafah tapi keupayaan bangun pagi adalah disebabkan keputusan yang kita laksanakan pada malam sebelumnya. Untuk bangun seawal 5.30pg kalian perlu tidur awal. - Manfaat tidur awal adalah anda akan mencukupkan tempoh tidur dimana mampu menghasilkan dan mengurangkan hormon penting b

10 Tips Atasi Lapar

  10  TIPS ATASI LAPAR BERDASARKAN PENGALAMAN SAYA TURUN 65KG.  Tips Kawal Lapar Inilah cabaran utama bagi mereka yang ingin berdiet. Menukar cara makan mereka dengan nengawal selera makan yang selama ini makan dengan ikut suka. Rasa lapar ini disebabkan kita melawan kebiasaan makan banyak dan makan setiap masa. Malah dalam group Misi Ubah 300 orang yang saya dah bimbing, isu ni adalah masalah paling utama. Hampir setiap hari ada runggutan nak jaga makan memang masalah, malah ramai mengakui, lebih senang bersenam dari nak kawal nafsu makan. Ya saya Sedia maklum inilah cabaran utama bagi mereka yang obesiti dalam usaha nak turunkan berat badan. Saya juga seperti kalian, nafsu makan memang membuak buak! Mana tidaknya, dulu makan wajib bertambah. Malah makan tak kira masa pun. Sebab tu saya gemuk sehingga berat mencecah 135kg. Saya masa gemuk pada pagi raya. Tapi alhamdulillah saya mampu atasi masalah makan saya dan mengatasi masalah kegemukan saya. Dari 135kg saya dapat turun sehingga 7