Langkau ke kandungan utama

SAHABAT

11 TABIAT BURUK RAKYAT MALAYSIA YANG MENGGEMUKKAN

 11 TABIAT BURUK YANG MENGGEMUKKAN

No 11 paling deep dan benar!





1. Bertambah tambah makan. Kiranya kita makan sampai puas. Bukan makan untuk keperluan tubuh. Ini sangat merbahaya dan ini tabiat paling menentukan berat badan kalian.


2. Suka makan kuah berlebihan. Yang mana suka kuah banjir dalam nasi kena beringat. Kebanyakkan kalori padat berada dalam kuah. Contoh ayam masak pedas, kuahnya banyak gula dan minyak. 


3. Suka minum air manis yang viral. Apa saja yang viral nak dicuba. Setiap kali kepasaraya mesti beli. Contohnya boba milk tea. Kalori bagi satu gelas dah mencecah 600-800 kalori. 


4. Ambil air manis sebagai pelengkap makanan. Ini tabiat ramai individu kat Malaysia. Biasanya berlaku di kedai makan atau restoran. Kita order makanan dan wajib sekali order air manis. Dah jadi macam wajib. Contohnya Nasi goreng kampung dengan teh tarik. Walhal kita just nak minum. Jadi air kosong pun sudah memadai. 



5. Kurang minum air kosong. Air kosong yang mencukupi penting untuk tubuh kita. Ia memastikan organ dalaman kita berfungsi dengan baik. Malah ia amat bagus untuk kesihatan dan penurunan berat badan. 


6. Tak cukup tidur. Ini juga masalah besar. Ramai yang tidur lewat dan antara sebab terbesarnya adalah layan phone atau TV. Ini pengalaman saya. Tapi untuk sihat dan turunkan berat badan tidur yang cukup amat penting.


7. Makan terlalu cepat. Ambil masa, nikmati hidangan kalian. Amalan tabiat ini juga membantu banyak dalam usaha penurunan berat badan. Cuba fikir, betul tak kalian makan dengan cepat?


8. Makan depan tv. Ini tabiat ramai. Disebabkan tabiat ini kita tak menikmati makanan kita dengan baik dan buat kita rasa susah kenyang. Akibatnya kita bertambah tambah makannya. 


9. Pemilihan sneaking yang tak baik. Ramai yang pilih jajan, cookies, coklat dan aiskrim sebagai makanan sampingan. Bukan tak boleh lansung. Tapi kalau makanan ini saja yang ada kat rumah, kalian akan menikmatinya. Cuba tukar kepada buah buahan atau kekacang. 


10. Makan walaupun tidak lapar. Ia jadi tabiat, kebiasaan atau jadual. Walaupun tak lapar tapi masa dah sampai, jadi kalian rasa wajib makan. Sedangkan kadang kadang ianya tak perlu pun.


11. Bermalasan. Air kat dapur, remote tv, kunci rumah, bantal semua suruh anak ambik. Kita tunggu dan santai atas sofa atau terbaring depan tv. Huhu berubahlah. Berjalan, lawan malas dan bossy tu boleh buat kalian bakar kalori, malah lebih baik buat kalian rajin dan bukan pemalas. 

Saya jemput kalian yang mana dah cuba banyak kali nak turunkan berat badan tapi gagal. Dah cuba macam-macam cara juga gagal, jom join saya dalam Misi Ubah. Saya bimbing kalian sepertimana saya telah Bimbing ramai induvidu keluar dari obesiti seperti contohnya - 



Klik disini untuk detail Misi Ubah - 

MISI UBAH

Kalian nak berubah, kalau dulu tabiat kalian dari tubuh kecil ke sekarang yang besar adalah kerana tabiat tabiat diatas, maka kalian kena bina tabiat baru yang boleh menterbalikkan hasil kepada tubuh kalian. 


Bagaimana tabiat dibina? Ianya hanyalah dengan memberi signal kepada diri (kesedaran) - bertindak secara konsisten untuk membina tabiat baru (usaha) - Hasil yang akan diperolehi (kurus & sihat) 


Mulai sekarang kalian kena percaya kitaran ini. Dengan kesedaran sahaja tanpa usaha untuk bertindak maka hasil tak akan sama sekali diperolehi. Jadi kuatkan semangat dan keinginan kalian untuk Konsisten dalam usaha ini. Sebab usaha membina tabiat baru tidaklah mudah, tapi ianya boleh dilakukan.


Ingat, tabiat lama yang kalian ulangi perlu diganti dengan tabiat baru. Berita baiknya, bila ia jadi tabiat, kalian tak perlu bersusah payah mengawalnya, kerana tabiat adalah satu yang sangat hebat, ianya berlaku hampir secara automatik tanpa perlu kalian fikir banyak. Contohnya memandu, kali pertama belajar memandu, tidakkah ianya susah? Tapi sekarang bila kalian dah ada lesen, naik kereta dan mengendalikan kereta kalian tak perlu fikir banyak bukan, tiba tiba dah sampai lokasi yang kalian nak pergi. 


Biar ianya jadi tabiat. Aktiviti penjagaan makan dan bersenam boleh dicipta menjadi tabiat jika kalian sedar, bertindak dan terima hasilnya. 


Walaupun ianya memerlukan masa untuk dibina, tapi kalau kalian tak sabar, ianya akan menggagalkan usaha kalian untuk keluar dari masalah berat badan kalian.

Ulasan

  1. Tq info yg bernas....dah berkali2 dlm proses diet. Tapi masih ON Off

    BalasPadam

Catat Ulasan

Masterclass Percuma

Masterclass Percuma
4 Prinsip Keluar Obesiti

Circle Misi Ubah

Circle Misi Ubah
Jom Buat Sama Sama

teruskan membaca

4 Nikmat Hubungan Intim selepas Kurus

4 KELAINAN HEBAT HUBUNGAN INTIM SELEPAS BERJAYA TURUNKAN BERAT BADAN  1. Anda akan lebih rasa berkeyakinan.  Kalau selama ni rasa ragu, rasa segan, ianya boleh diatasi dengan memiliki badan yang menarik.  Bukanlah menilai selama ini kita kurang yakin, tapi bezanya ketara semasa gemuk dan semasa BMI normal.  2. Masa bersama lebih berkualiti.  tak ramai individu yang telah berjaya turunkan berat badan kongsikan ialah perbezaan melakukan hubungan kelamin semasa obesiti dan setelah berjaya dapat berat badan normal.  Ianya boleh dikatakan terlalu banyak perubahan. Dari segi stamina, Yang mana ia adalah satu yang paling penting dalam hubungan suami isteri.  Bila kita berjaya dapat berat badan ideal dari tubuh asal yang gemuk, semestinya bukan sahaja fizikal yang berubah.  Lemak yang berbonjol makin tiada, terserlah otot yang selama ini ditenggelami lemak.  Tapi stamina juga akan makin bertambah. Kalau dulu nak beraksi secara terus seminit pun menggah, sekarang tak ada isu mengah lagi.  3. Pe

10 AMALAN HARIAN UNTUK TURUNKAN BERAT BADAN.

10 AMALAN HARIAN UNTUK TURUNKAN BERAT BADAN. Setiap hari apa yang kita lakukan akan menentukan siapa kita pada hari esok. Jadi sebenarnya apa yang kita lakukan sekarang penting untuk hasil esok. Jadi sebagai orang yang pernah lalui hari hari yang menyebabkan saya hilang 65kg, saya nak berkongsi bagaimana caranya saya lalui seharian. Saya kongsikan pengalaman saya, cara setiap orang yang berjaya turunkan berat badan mungkin berbeza tapi sebagai bekas penghidap obesiti selama hampir 30 tahun saya rasa layak utk saya beri sedikit pandangan dan panduan dalam hal ini. Ini adalah rutin seharian saya bila saya nekad utk kembali sihat dan turun berat badan. 1. Bangun Awal Pagi (5.30pg) - Saya tak nak bincang tentang falsafah tapi keupayaan bangun pagi adalah disebabkan keputusan yang kita laksanakan pada malam sebelumnya. Untuk bangun seawal 5.30pg kalian perlu tidur awal. - Manfaat tidur awal adalah anda akan mencukupkan tempoh tidur dimana mampu menghasilkan dan mengurangkan hormon penting b

10 Tips Atasi Lapar

  10  TIPS ATASI LAPAR BERDASARKAN PENGALAMAN SAYA TURUN 65KG.  Tips Kawal Lapar Inilah cabaran utama bagi mereka yang ingin berdiet. Menukar cara makan mereka dengan nengawal selera makan yang selama ini makan dengan ikut suka. Rasa lapar ini disebabkan kita melawan kebiasaan makan banyak dan makan setiap masa. Malah dalam group Misi Ubah 300 orang yang saya dah bimbing, isu ni adalah masalah paling utama. Hampir setiap hari ada runggutan nak jaga makan memang masalah, malah ramai mengakui, lebih senang bersenam dari nak kawal nafsu makan. Ya saya Sedia maklum inilah cabaran utama bagi mereka yang obesiti dalam usaha nak turunkan berat badan. Saya juga seperti kalian, nafsu makan memang membuak buak! Mana tidaknya, dulu makan wajib bertambah. Malah makan tak kira masa pun. Sebab tu saya gemuk sehingga berat mencecah 135kg. Saya masa gemuk pada pagi raya. Tapi alhamdulillah saya mampu atasi masalah makan saya dan mengatasi masalah kegemukan saya. Dari 135kg saya dapat turun sehingga 7