Langkau ke kandungan utama

SAHABAT

Nak Kurus Kena Taati Hukum Masa

Nak Berjaya Turunkan Berat Badan Kena Taat Hukum Masa. 

Hakikatnya ramai yang gagal dalam usaha mereka nak turunkan berat badan adalah kerana hal ni. 


Dulu semasa saya gagal dari zaman sekolah sehinggalah ada 4 orang anak disebabkan saya ingkar hukum masa ni. 

gambar family tahun 2007

gambar family 2023


Apa itu Taat Hukum Masa? 

Sebelum tu akui dulu satu fakta ni. Kalian bila rasa kena turunkan berat badan mulalah terfikir kalian kena usaha. Ada yang mula aktiviti jogging dan ada yang mula beli roti wholemeal. 

Dan dalam sudut hati kalian, kali ni mesti jadi. Yakin dan nekad. Tapi akhirnya gagal untuk sekian kalinya. Sebab? 

Kalian NAK angka penurunan mengikut KEHENDAK kalian. 

Kalian ukur jogging dah 3km hari ni, mesti turun sekurangnya 1kg atau lebih. Tapi bila naik penimbang angka tak turun. Kalian mungkin boleh sabar. 

Seminggu selepas itu setelah dah jogging 3kali dan dah rasa makan roti wholemeal atau ganti nasi dengan biskut. Kalian naik penimbang.

Turun 1kg atau tak turun lansung. Kalian mula buat satu pertimbangan logik yang tak masuk akal.

Nak turun 1kg kena jogging 9km dan berlapar. Mulalah kalian kecewa dan mulalah kalian cari alasan untuk gagal sekali lagi. 

Usaha ni tak berbaloi. Jadi tak pe lah gemuk asal sihat. Itu yang berlaku dan berulang. 

Kalian nak HASIL ikut suka hati kalian, ikut logik kalian. Kalian tak sedar ianya melanggar hukum masa!

Taat hukum masa! Adalah secara logiknya satu jangka masa munasabah untuk turunkan berapa kg yang ingin kalian turunkan. 

Angka yang sihat untuk induvidu turunkan berat badan ialah 2-4kg sebulan. Ini angka penurunan yang di iktiraf oleh pakar. 

Maksudnya ia boleh dilakukan dan selamat. 

Katakan kalian berat 100kg dengan ketinggian 157 cm. Berat badan ideal kalian sekitar 57kg. 

100-X=57

Maka kalian kena kirakan X bahagi 12 bulan (minima) untuk Taat Hukum Masa. 

Contoh perkiraan. 

X=43 kg bahagi 12 bersamaan 3.6kg secara kasar sebulan.

Maka berat yang kalian kena turun sebulan hanya 3.6kg. 

Jika kalian Taat dengan Hukum Masa ni banyak kebaikannya. Antaranya usaha kalian tidak akan sestress nak turun 10kg sebulan. 

Dan banyak lagi. Nanti saya akan kongsikan lagi kebaikan Taat Hukum Masa. 

Tapi yang pasti, dengan hukum ini kalian pasti akan lebih santai dan akhirnya dapat BMI normal.

Saya jemput kalian yang ingin Menggunakan Konsep Taati Hukum Masa ini untuk menyertai saya dalam Misi Ubah, satu misi bimbingan dan perkongsian pengalaman yang telah melahirkan ramai yang dapat kecapi BMI normal walaupun asyik gagal setiap kali cuba sebelum ni.

Nak sertai mereka dalam Misi Ubah? Baca detail lanjut di https://misiubah.com/view/s/misi-ubah-jommula







Ulasan

Masterclass Percuma

Masterclass Percuma
4 Prinsip Keluar Obesiti

Circle Misi Ubah

Circle Misi Ubah
Jom Buat Sama Sama

teruskan membaca

4 Nikmat Hubungan Intim selepas Kurus

4 KELAINAN HEBAT HUBUNGAN INTIM SELEPAS BERJAYA TURUNKAN BERAT BADAN  1. Anda akan lebih rasa berkeyakinan.  Kalau selama ni rasa ragu, rasa segan, ianya boleh diatasi dengan memiliki badan yang menarik.  Bukanlah menilai selama ini kita kurang yakin, tapi bezanya ketara semasa gemuk dan semasa BMI normal.  2. Masa bersama lebih berkualiti.  tak ramai individu yang telah berjaya turunkan berat badan kongsikan ialah perbezaan melakukan hubungan kelamin semasa obesiti dan setelah berjaya dapat berat badan normal.  Ianya boleh dikatakan terlalu banyak perubahan. Dari segi stamina, Yang mana ia adalah satu yang paling penting dalam hubungan suami isteri.  Bila kita berjaya dapat berat badan ideal dari tubuh asal yang gemuk, semestinya bukan sahaja fizikal yang berubah.  Lemak yang berbonjol makin tiada, terserlah otot yang selama ini ditenggelami lemak.  Tapi stamina juga akan makin bertambah. Kalau dulu nak beraksi secara terus seminit pun menggah, sekarang tak ada isu mengah lagi.  3. Pe

10 AMALAN HARIAN UNTUK TURUNKAN BERAT BADAN.

10 AMALAN HARIAN UNTUK TURUNKAN BERAT BADAN. Setiap hari apa yang kita lakukan akan menentukan siapa kita pada hari esok. Jadi sebenarnya apa yang kita lakukan sekarang penting untuk hasil esok. Jadi sebagai orang yang pernah lalui hari hari yang menyebabkan saya hilang 65kg, saya nak berkongsi bagaimana caranya saya lalui seharian. Saya kongsikan pengalaman saya, cara setiap orang yang berjaya turunkan berat badan mungkin berbeza tapi sebagai bekas penghidap obesiti selama hampir 30 tahun saya rasa layak utk saya beri sedikit pandangan dan panduan dalam hal ini. Ini adalah rutin seharian saya bila saya nekad utk kembali sihat dan turun berat badan. 1. Bangun Awal Pagi (5.30pg) - Saya tak nak bincang tentang falsafah tapi keupayaan bangun pagi adalah disebabkan keputusan yang kita laksanakan pada malam sebelumnya. Untuk bangun seawal 5.30pg kalian perlu tidur awal. - Manfaat tidur awal adalah anda akan mencukupkan tempoh tidur dimana mampu menghasilkan dan mengurangkan hormon penting b

10 Tips Atasi Lapar

  10  TIPS ATASI LAPAR BERDASARKAN PENGALAMAN SAYA TURUN 65KG.  Tips Kawal Lapar Inilah cabaran utama bagi mereka yang ingin berdiet. Menukar cara makan mereka dengan nengawal selera makan yang selama ini makan dengan ikut suka. Rasa lapar ini disebabkan kita melawan kebiasaan makan banyak dan makan setiap masa. Malah dalam group Misi Ubah 300 orang yang saya dah bimbing, isu ni adalah masalah paling utama. Hampir setiap hari ada runggutan nak jaga makan memang masalah, malah ramai mengakui, lebih senang bersenam dari nak kawal nafsu makan. Ya saya Sedia maklum inilah cabaran utama bagi mereka yang obesiti dalam usaha nak turunkan berat badan. Saya juga seperti kalian, nafsu makan memang membuak buak! Mana tidaknya, dulu makan wajib bertambah. Malah makan tak kira masa pun. Sebab tu saya gemuk sehingga berat mencecah 135kg. Saya masa gemuk pada pagi raya. Tapi alhamdulillah saya mampu atasi masalah makan saya dan mengatasi masalah kegemukan saya. Dari 135kg saya dapat turun sehingga 7