3 Cara ubah minda untuk berjaya turunkan berat badan
Kegagalan kita mencapai impian kita banyak bergantung kepada kepercayaan kita. Perkataan Limiting Belief atau mengehadkan kepercayaan diri kita sangat besar impaknya kepada tindakan dan hasil yang kita perolehi.
Sebenarnya limiting belief berlaku secara tersusun, sebab itu untuk memecahkan temboknya amat susah. Bagaimana limiting belief ini berlaku. Dalam penurunan berat badan sebagai contoh, kita akan percaya kita tak mampu setelah kita mencuba beberapa kali tapi gagal. Percubaan demi percubaan untuk keluar dari obesiti dan gagal menanam satu kepercayaan yang kuat bahawa kita memang di takdirkan untuk gemuk sampai bila bila.
Dalam situasi kita tidak percayakan diri kita pelbagai alasan akan terbina, salah satu yang paling bahaya ialah apabila kita percaya ianya diluar kawalan kita. Kita gemuk disebabkan takdir, mak dan ayah kita gemuk maka kita pun gemuk, kita mula salahkan faktor luar iaitu "ini semua adalah kemahuan Tuhan untuk kita gemuk"
Inilah kepercayaan yang saya ada dan yakini dahulunya. Tapi hari ini saya mampu berbangga dengan pencapaian peribadi saya untuk hilang 65kg dalam masa setahun dan dapat title kurus atau normal setelah gemuk sepanjang 30tahun dalam hidup saya.
Bagaimana nak pecahkan tembok kepercayaan yang kita tidak mampu.
1. Penjelasan - Kita terlebih dahulu kena jelas dengan diri kita apa sebenarnya kemahuan kita.
2. Penegasan - Setelah kita tahu apa yang sebenarnya kita mahu, buat pelan tindakan dan pada masa yang sama sentiasa buat penegasan pada diri yang kita mampu untuk berubah.
3. Fakta - Kepercayaan baru mudah terbina dengan sesuatu yang berfakta. fakta yang jelas jika kalian ingin turunkan berat badan adalah beribu insan lain telah berjaya termasuk saya, jika saya mampu kenapa tidak kalian? Fakta juga merujuk kepada pencarian ilmu yang betul dalam mencapai matlamat kalian, dalam hal ini meniru mereka yang dah berjaya adalah jalan yang paling tepat.
Kita adalah ciptaan yang paling hebat, satu satunya makhluk yang punya akal dan diberi peluang untuk memilih. Setiap masa kita diberi peluang untuk memilih, malah sebelum kita memilih kita ada keupayaan untuk menilai baik buruk pilihan kita. Jadi bijaklah dalam memilih dan pilihlah dengan satu kepercayaan yang terbaik untuk kehidupan kalian.
dapatkan bimbingan selama 6 bulan untuk kekal fokus dan konsisten dalam usaha turunkan berat badan. - https://www.jommula.com/

Ulasan
Catat Ulasan