ORANG GEMUK SEBENARNYA TAMAK. DAN ORANG TAMAK SELALU RUGI. Dan disebabkan sifat tamaklah mereka semakin besar walaupun asyik berazam nak turunkan berat badan. Ini realiti! Tamak yang saya maksudkan disini bukanlah tamak nafsu makan banyak, tapi tamak nafsu keinginan. Berbaki beberapa hari lagi Januari 2024 akan tiba. Maksudnya dah hampir 12 bulan kita lalu 2023. Tapi apa yang berlaku pada azam tersebut hari ni? Saya percaya ramai yang azamnya hanya jadi sampah seperti azam azam tahun tahun sudah. Kenapa sebenarnya saya kata kalian yang gagal dengan azam nak kurus ni tamak? Jawapannya saya nak kalian faham angka dibawah dulu. A) 1 X 12 = 12 B) 2 X 12 = 24 C) 3 X 12 = 36 D) 4 X 12 = 48 E) 5 X 12 = 60 Angka diatas ialah jumlah kg yang kalian boleh turunkan jika kalian berusaha sepanjang tahun 2023. Sekarang, dalam fikiran kalian angka mana yang dominasi? Kalau kalian tengah berangan hanga 48 atau 60, itu bukti kalian tamak!!! Kenapa tiada yan...
DIABETES: IBU KEPADA SEGALA PENYAKIT MERBAHAYA. Di Malaysia pada tahun 2019, statistik penghidap penyakit Diabetes atau Kencing Manis adalah seramai 2.5 juta orang. Ia satu trend yang meningkat secara mendadak. Dan antara sebab utama hal ini adalah pengambilan gula putih secara berlebihan setiap hari. Apakah punca berlakunya kencing manis ? Menurut sumber rasmi Kementerian Kesihatan, faktor-faktor risiko kencing manis atau diabetes adalah seperti berikut: 1. Berlebihan BERAT BADAN atau KEGEMUKAN. 2. Tidak bersenam dan gaya hidup tidak aktif. 3. Pemakanan - pengambilan makanan yang tidak sihat dan makan secara berlebihan 4. Keturunan - diabetes mempunyai perkaitan yang kuat dalam keluarga. 5. Peningkatan umur. Tanda tanda awal Penyakit Kencing Manis. 1. Kerap rasa dahaga dan kerap buang air kecil - hal ini berlaku kerana lebihan glukosa (gula yang diproses oleh tubuh) membuatkan buah pinggang berkerja dengan kuat untuk memprosesnya. Bila kalian kerap kencing, maka logiklah k...