Langkau ke kandungan utama

Catatan

SAHABAT

6 Kebaikan Smartwatch Untuk Bantu Turunkan Berat Badan

JAM PINTAR: SARANAN BAGI MEREKA YANG NAK TURUNKAN BERAT BADAN. Pertama sekali saya nak bagitahu, ianya bukanlah sesuatu yang wajib untuk kalian dapatkan jam tangan pintar ni. Tapi saya secara peribadi mendapati jam tangan ini SANGAT membantu saya dalam perjalanan saya turun 65kg.  Saya mula pakai miband 2 dalam bulan ketiga saya berusaha tambah baik kesihatan saya. Masa tu saya dah buang air manis, kurangkan makanan bergaram dan makanan proses. Tiba masanya saya aktifkan diri saya. Malah dengan dapatkan jam pintar ianya seperti me rewardkan diri kita dan kita semakin bersemangat.  Jadi hari ni saya nak beritahu 6 kebaikan jam tangan pintar bagi mereka yang nak turunkan berat badan. 6 Kebaikan Smartwatch Untuk Bantu Turunkan Berat Badan  1. Jam tangan pintar dapat memangkinkan semangat. Bila saya bermula nak aktifkan diri saya mula berjalan setiap pagi di kawasan perumahan saya. Dengan kelebihan jam ini yang dapat merekod langkah setiap hari saya jadi bersemang...

3 Sebab Jangan Tangguh Usaha Nak Kurus

3 SEBAB TANGGUH USAHA NAK TURUNKAN BERAT BADAN AKAN LEBIH MENYUKARKAN PROSES TURUNKAN BERAT BADAN.  JANGAN TANGGUH USAHA TURUNKAN BERAT BADAN. SEMAKIN ANDA TANGGUH SEMAKIN SUSAH BERAT NAK TURUN.  1. Perubahan Metabolisme: Metabolisme tubuh berkurangan seiring pertambahan usia. tubuh akan membakar kalori lebih lambat, membuat penurunan berat badan menjadi lebih sukar.  Ya, ini fakta yang ramai tak sedar. Makin meningkat usia kita, makin usaha turunkan berat badan menjadi susah.  Kehilangan otot badan adalah satu penyumbang kepayahan menurunkan berat badan bila umur semakin meningkat. Kita akan hilang otot badan sesuai dengan peningkatan umur kita. Sebab itu proses nak turunkan berat badan jadi susah.  2. Aktiviti fizik yang semakin sedikit. Seiring bertambahnya usia, banyak orang cenderung menjadi kurang aktif.  Aktiviti fizikal yang kurang memastikan lemak terus bertempel di dalam tubuh.  Ini adalah kerana tubuh sudah tidak menggunakan tena...

PILIHAN METHOD DIET TAK PERNAH JADI SEBAB UTAMA KEJAYAAN SESORANG DAPAT TURUNKAN BERAT BADAN

Percaya atau tidak kisah kejayaan setiap individu dalam penurunan berat badan punyai kisah atau jalan yang berlainan. Ada yang berjaya sebab bersenam. Malah ada yang berjaya turunkan berat badan tanpa bersenam.  Sebab itu perjalanan setiap individu itu tak sama.  Bukti lain adalah kisah kejayaan dan kegagalan induvidu dalam diet diet tertentu. Ada yang berjaya dengan diet Atkins, ada juga dengan suku suku separuh, Intermittent Fasting dan pelbagai nama diet yang ada. Dan setiap diet wajib ada kisah kegagalan induvidu yang mencubanya.  Dalam pelbagai kisah dan cara setiap individu yang berjaya ada 1 kesamaan. Kesamaan inilah kenapa mereka buat diet berlainan, cara berlainan tapi tetap berjaya.  Mentaliti, mindset atau cara fikir mereka adalah sama. Inilah sebab kenapa mereka berjaya turunkan berat badan, ianya bukan asbab besar nama diet atau nama senaman. Tapi mempunyai Mentaliti yang betul untuk turunkan berat badan. Sebab itu saya sarankan mereka yang b...

MACAMANA NAK KECILKAN BETIS, PEHA DAN PUNGGUNG

MACAMANA NAK KECILKAN BETIS, PEHA DAN PUNGGUNG. Masa saya besar, 2 benda yang saya tak berapa suka tengok ialah peha dan betis saya. Besar ya amat. Bukan saja besar, malah keras! Sebab betis dan pehalah saya rasa yang saya akan obesiti sampai ke tua. Berbalik pada soalan, bagaimana kecilkan betis, peha dan punggung. Sebenarnya saya tak ada jawapan khusus bagi soalan khusus ni. Sebab saya tak ada pun buat senaman khas utk kecilkan bahagian yang dinyatakan tu.  Tapi apa yang saya perasan, sekarang dia dah kecil berbanding dulu. Kecil benar dan amat kecil daripada dulu.  Jadi jawapan saya, ubah cara pemakanan sekarang yang melampaui batas. ini asas paling penting. Disamping itu lakukan senaman berjogging, bermain badminton dan berjalan (itu yang saya buat utk turun 65kg) Kalau kalian nak buat senaman khusus untuk peha dan punggung seperti squat, amat bagus.  Tapi menjaga pemakanan dan berjalan pun dah memadai. Kalau buat squat lebih efisyen barang kali, disamping...

5 NIKMAT YANG KALIAN TAK SEDAR KALAU KALIAN USAHA TURUNKAN BERAT BADAN SEKARANG.

5 NIKMAT YANG KALIAN TAK SEDAR KALAU KALIAN USAHA TURUNKAN BERAT BADAN SEKARANG.  1.  Lebih cepat anda bermula lebih awal kalian kecapi kejayaan.  2. Sempat dapat penurunan yang banyak sebelum raya. Dapat pakai baju raya idaman tanpa susah nak cari saiz.  3. Penurunan lebih senang. Sebab kalau kalian tangguh berat kalian akan semakin naik. Lebih banyak yang perlu di turunkan, lagi susah.  4. Lebih muda, lebih cantik lebih cerah. Bukan setakat dapat penurunan berat badan, tapi lebih dari tu.  5. Lebih bahagia dan lebih sihat. Semestinya. Dengan tubuh yang mengecil dari saiz sekarang. Keadaan organ penting akan lebih optimum. Dan dengan itu, kalian akan lebih bahagia.  Lagi lagi bila kalian dapat nikmati hari raya bersama keluarga dengan tiada had kebiasaan seperti susah cari baju, bergambar kena menyorok belakang orang lain, dan keyakinan diri kalian meningkat.  Bayangkan kenikmatan ini kalian akan kecapi raya nanti.  K...

Usaha Nak Kurus. Mudahnya Hilang Fokus

BETAPA RUGINYA USAHA KITA, DAN BETAPA MUDAHNYA KITA HILANG FOKUS.  Dalam bulan lepas saya ada mengajak seorang yang agak rapat dengan saya untuk mula lakukan perubahan dalam hidupnya. Ya, berat badan dia meningkat 2 kali ganda dalam beberapa tahun kebelakangan ni.  Saya buat ajakan dah lama, tapi dia sahut cabaran tu dalam bulan lepas. Saya gembira. Kami bertukar pendapat dan berbincang. Apa yang menariknya dia dengan masalah berat badan ni boleh dikatakan hebat. Sebab dia ni pernah gemuk dan kurus beberapa kali. Malah tempoh Penurunan Berat Badan dia cepat. Alhamdulillah, sepanjang usaha dia dah turun 5kg dalam masa tak sampai sebulan. Dia mula aktif berjalan di taman bersama anak anak dan mula update progressnya di alamaya.  Tapi dalam masa seminggu ni saya tak lihat post dia, seolah menghilang. Saya jangkakan dia tak update status saja tapi masih konsisten menjaga pemakanan dan buat aktiviti.  Pagi tadi saya hubungi dia, bertanya khabar dan saya terus ...

Salah Faham Yang Merugikan Masa dan Usaha Orang Gemuk

RAMAI YANG OBES YAKIN BILA BULAN PUASA BOLEH TURUN SAMPAI 20KG.  Inilah kepercayaan saya dulu! Dan saya yakin, ramai yang membaca pun macam saya. Kan? Bila tiba ramadan, yakin bulan puasa akan berjaya turunkan sebanyak tu! Walhal ianya adalah mustahil.  Saya nak sedarkan kalian 8 bulan awal sebelum raya. Bulan ni, sekarang kalau kalian usaha dan dapat hanya 2-4kg sebulan. Kalian cuba kira dengan gunakan jadual dibawah. Cuba bayangkan berapa berat badan kalian di hari raya nanti? Dah berapa kg nanti? Mesti makin kecil dan semua orang terkejut!  Jom usaha sekarang! Jangan tangguh lagi. Buat santai santai je.  Tak tahu nak buat macamana? Nak saya bantu? Nak ada team yang sematlamat dan buat sama sama? Boleh sertai saya dalam Misi Ubah Raya!  Selama 8 bulan saya bimbing dan pantau kalian.  Sepertimana saya bantu Puan Cheffa.  Cuba tengok apa yang puan Cheffa tulis dibawah. Cabaran misi raya puan Cheffa hanya 6 bulan. Dan...

Masterclass Percuma

Masterclass Percuma
4 Prinsip Keluar Obesiti

Circle Misi Ubah

Circle Misi Ubah
Jom Buat Sama Sama