ORANG GEMUK SEBENARNYA TAMAK. DAN ORANG TAMAK SELALU RUGI. Dan disebabkan sifat tamaklah mereka semakin besar walaupun asyik berazam nak turunkan berat badan. Ini realiti! Tamak yang saya maksudkan disini bukanlah tamak nafsu makan banyak, tapi tamak nafsu keinginan. Berbaki beberapa hari lagi Januari 2024 akan tiba. Maksudnya dah hampir 12 bulan kita lalu 2023. Tapi apa yang berlaku pada azam tersebut hari ni? Saya percaya ramai yang azamnya hanya jadi sampah seperti azam azam tahun tahun sudah. Kenapa sebenarnya saya kata kalian yang gagal dengan azam nak kurus ni tamak? Jawapannya saya nak kalian faham angka dibawah dulu. A) 1 X 12 = 12 B) 2 X 12 = 24 C) 3 X 12 = 36 D) 4 X 12 = 48 E) 5 X 12 = 60 Angka diatas ialah jumlah kg yang kalian boleh turunkan jika kalian berusaha sepanjang tahun 2023. Sekarang, dalam fikiran kalian angka mana yang dominasi? Kalau kalian tengah berangan hanga 48 atau 60, itu bukti kalian tamak!!! Kenapa tiada yan...
TURUNKAN BERAT BADAN MENJELANG RAMADAN SIRI 5. 15 PERKARA BANTU OPTIMUMKAN PENURUNAN BERAT BADAN SEMASA BULAN RAMADAN. Seminggu lagi kita akan menyambut Ramadan. Didoakan semoga kita semua diberi kesempatan untuk mengharungi bulan rahmat sekali lagi pada tahun ini. Antara Ajaibnya Ramadan. Sesiapa sahaja, dengan masalah makan macamana pun bila tiba bulan puasa. Mereka boleh menahan makan dan minum dari sebelum terbit fajar sehingga terbenam mentari. Hebatkan, yang selama ni tak boleh tinggal sarapan, yang tak boleh tinggal nasi tengahari, yang hantu nescafe semua boleh taat dalam satu hari jea. Begitulah kehebatan kita manusia dalam mentaati apa yang kita percaya. Padahal kalau hari biasa mau lapar dan dahaga macam nak mati. Jadi hari ni saya nak kongsi tips bagaimana dengan bulan puasa ni kita bukan sahaja dapat pahala taat perintah tapi boleh juga dapat penurunan berat badan dari obesiti malah insyaallah dapat kesihatan yang lebih baik....